Pengikut

Rabu, 29 Januari 2014

KURSUS KEPIMPINAN 2014

 
KURSUS KEPIMPINAN ANJURAN UNIT HEM 2014

PENDAHULUAN

     Kursus ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan dengan ilmu kepimpinan bagi melahirkan pemimpin yang berkebolehan di peringkat sekolah.

RASIONAL

      Pelajar merupakan aset yang sangat penting kepada negara khususnya dalam bidang pendidikan.Para pelajar perlu diberi pendedahan yang berterusan di peringkat sekolah supaya ilmu yang mereka perolehi dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka.Terdapat pelbagai aktiviti sekolah yang melibatkan kepimpinan. Justeru itu, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam kepimpinan hendaklah terus digilap dan serlahkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan pelajar yang mampu memimpin diri mereka serta mampu memimpin rakan-rakan pelajar di sekolah. Oleh yang demikian, untuk merealisasikan matlamat di atas, Program Kursus Kepimpinan ini akan diadakan pada tarikh dan hari yang telah di tetapkan.

OBJEKTIF

- Mengetahui tugas dan peranan pemimpin
- Mendedahkan kemahiran kepimpinan kepada para pelajar
- Bersedia Menjadi pemimpin berkebolehan,berwaswasan    
  dan berwibawa.

SASARAN

Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas
Jumlah =    42 orang                                           

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh     : 29 Januari 2014
Masa      : 2.00- 3.30 Petang
Tempat: Makmal ICT, Sk Padang Gajah

Selasa, 28 Januari 2014

SESI BERGAMBAR GURU-GURU DAN STAFF SEKOLAH 2014

SESI BERGAMBAR 2014

     Pada 28 Januari yang lalu, satu sesi mengambil gambar guru-guru telah diadakan di Makmal ICT, SK Padang Gajah. Seramai 19 orang guru dan 4 orang staff telah terlibat. Sesi ini bertujuan mengambil gambar guru untuk menggantikan gambar yang lama supaya dapat digunakan untuk tujuan penghasilan carta organisasi sekolah, unit-unit pentadbiran, panitia dan juga untuk ditayangkan dalam blog ini.

Catatan Popular