Pengikut

Isnin, 19 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014



PENDAHULUAN

          Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat tanggal 16 Mei 2014. Tema hari guru pada tahun ini ialah “Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi”. Tarikh 16 mei diangkat sebagai hari guru kerana pada hari ini pada tahun 1956 dahulu Laporan Razak telah diluluskan. Laporan ini menjadi asas sistem pendidikan di Malaysia. 


PENYERTAAN
  
          Selain daripada guru, murid dan warga sekolah terlibat dalam sambutan ini. Warga sekolah dengan berbesar hati telah disertai oleh YDP PIBG En Othman Bin Ahmad beserta AJK yang lain.

PENCAPAIAN

          Sambutan peringkat sekolah kali ini telah mencapai objektifnya iaitu yang pertama memperbaharui semangat dan iltizam para guru , yang kedua mengeratkan hubungan guru dan PIBG dan yang ketiga buat murid meraikan guru-guru mereka.

CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN

Secara keseluruhannya sambutan kali ini ialah memuaskan. Sekian.

“Mengajar adalah belajar~ Saidina Ali RA”

Yang melaporkan,
MOHAMAD BIN AYOB
19 MEI 2014

Catatan Popular