Pengikut

OBJEKTIF

OBJEKTIF
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GAJAH

1.           OBJEKTIF AM :

1.1      Membentuk dan melahirkan masyarakat sekolah yang bersepadu.

1.2      Memberi perhatian setiap individu bagi membina serta memupuk kesedaran mental, akademik, kesihatan dan emosi.

1.3      Melahirkan individu yang berpendidikan tinggi serta menggunakan masa lapang yang berpandukan kepada masyarakat dan diri sendiri.

1.4      Sanggup menerima cabaran serta bertanggungjawab dan dedikasi serta BERSIH, CEKAP DAN AMANAH sejajar dengan kehendak negara.

1.5      Melahirkan manusia kreatif dan imaginatif.

2.            OBJEKTIF KHUSUS :

2.1      Membentuk pelajar-pelajar ke arah prinsip moral yang baik.

2.2      Membentuk pelajar-pelajar supaya mempunyai sikap toleransi serta memahami terhadap kaum dan agama yang berlainan di negara ini.

2.3      Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, bertanggungjawab serta hormat menghormati antara satu sama lain.

2.4      Melatih pelajar-pelajar menghormati guru-guru, pekerja-pekerja sekolah dan juga orang yang lebih dewasa daripada mereka.

2.5      Melatih pelajar-pelajar untuk menjadi pemimpin yang cergas, berdisiplin, dedikasi serta bertanggungjawab.

2.6      Membimbing semangat bekerjasama dengan masyarakat.

2.7      Menyemai semangat berdikari melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum.

2.8      Melatih pelajar-pelajar supaya mempunyai sikap mementingkan kebersihan diri dan bertanggungjawab terhadap alam persekitaran.





Tiada ulasan:

Catatan Popular