Pengikut

Sabtu, 6 September 2014

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP) - LADAP

PENDAHULUAN

“PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011

06 September 2014 - Satu taklimat yang dipanggil Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan pada tarikh ini. Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah sampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Ismail bin Yusoff dan En Hakimi bin Salleh yang berlangsung selama 2 jam di Makmal Komputer, SK Padang Gajah. Pihak pentadbir berharap guru-guru mengambil pendirian yang positif terhadap tranformasi ini kerana pelaksanaan PBPPP adalah sebahagian daripada gelombang dalam PPPM. Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah penstrukturan transformasi, maka PBPPP adalah releven dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang meliputi Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah. PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan tertakluk kepada garis panduan JPA. Dalam erti kata yang lain, PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian sedia ada kepada satu bentuk instrumen yang bersepadu.

PENYERTAAN
Seramai 17 orang guru telah hadir untuk mengikuti taklimat ini dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

PENCAPAIAN
Taklimat ini telah mencapai sasaran iaitu seramai 17 guru memahami tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di sekolah.
         
CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN
Taklimat berkaitan PBPPP perlu diulang dari masa ke semasa.

YANG MELAPORKAN
MOHAMAD AKMAL BIN YUNUS
06 SEPTEMBER 2014
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Catatan Popular