Pengikut

Khamis, 20 Mac 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD LMS 2014

LAPORAN RINGKAS AKTIVITI / PROJEK SEKOLAH


1.
PENDAHULUAN

         Pada 17 dan 18 Mac 2014 yang lalu, telah berlangsungnya Kejohanan Bola Tampar MSSD LMS 2014 yang bertempat di SJKC Aulong, 34000 Taiping, Perak. Kategori Lelaki Bawah 12 telah berlangsung pada 17 Mac 2014 manakala kategori Perempuan Bawah 12 berlangsung pada 18 Mac 2014.

2.
PENYERTAAN

      Kejohanan ini telah melibatkan beberapa zon yang terdapat dalam Daerah Larut, Matang dan Selama. Zon Trong telah diwakili oleh pelajar dari SK Padang Gajah dan SK Temelok.

3.
PENCAPAIAN

      Peserta tidak mendapat sebarang tempat semasa kejohanan tetapi mempunyai potensi yang besar di masa hadapan sekiranya diberi peluang dan latihan yang mencukupi.

4.
CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN

       Latihan perlu dilakukan awal sebelum kejohanan dan diadakan lebih kerap. Selain itu, pelajar perlu didedahkan dengan suasana pertandingan sebenar contohnnya dengan mengadakan perlawanan persahabatan atau berlatih bersama-sama pasukan daripada sekolah lain.

 

Selasa, 11 Mac 2014

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ANTARA SEKOLAH LELAKI 2014

         

LAPORAN RINGKAS AKTIVITI / PROJEK SEKOLAH

1.
PENDAHULUAN

          Pada 10 Mac 2014 yang lalu, satu Pertandingan Bola Tampar Antara Sekolah telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan China Khay Hwa, 34800 Trong, Perak. Pertandingan ini bertujuan memilih peserta untuk mewakili Zon Trong ke Peringkat Daerah yang akan berlangsung di SJKC Aulong,34000 Taiping, Perak pada 17 dan 18 Mac 2014.

2.
PENYERTAAN

       Seramai 12 orang pelajar SK Padang Gajah telah mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Seramai 5 orang guru telah bersama-sama pelajar ke pertandingan tersebut iaitu Puan Zuraida binti Othman, Puan Sharizan binti Mat Daud, Puan Nor Aisyah binti Mohd Noor, Puan Siti Nor Jannah binti Abu Bakar dan En Mohamad Akmal bin Yunus.

3.
PENCAPAIAN

      Seramai 11 orang pelajar SK Padang Gajah telah dipilih untuk mewakili zon ke peringkat daerah.

4.
CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN

        Latihan perlu diadakan lebih awal dan kerap sebelum menyertai pertandingan.

  . 

PASUKAN BOLA TAMPAR 
SK PADANG GAJAH 2014








Rabu, 5 Mac 2014

KURSUS MOTIVASI PELAJAR 2014

          Pihak sekolah telah mengadakan Kursus Motivasi Pelajar kepada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6, pada 5 Mac 2014, bertempat di Makmal Komputer Sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh En Ismail bin Yusoff, Guru Besar, SK Padang Gajah. Seramai 35 orang murid telah mengikuti kursus tersebut diiringi bersama dengan Puan Hanan dan Puan Shahrizan. Ceramah bermula pada jam 2.00 hingga 4.00 petang. Di antara tajuk ceramah ialah Pelajar Cemerlang dan Pemikiran Negatif dan Positif. Selain itu, pelajar juga menyanyikan lagu-lagu yang berunsur kesedaran dan motivasi.











Sabtu, 1 Mac 2014

MESYUARAT AGONG PIBG DAN PENYAMPAIAN BANTUAN RM100 BESERTA eKASIH

          Tanggal 27 Feb 2014, telah diadakan Mesyuarat Agong PIBG dan Penyampaian Bantuan RM100 beserta eKasih. Ketiga-tiga majlis ini telah dirasmikan oleh, En Samsul bin Alias, Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang mewakili PMP Adun Kawasan Trong, YB Dr Zabri bin Abdul Wahid.Turut hadir En Rosli bin Mohamad, Penyelia HEM PPD LMS. Majlis dimulakan dengan pemberian bantuan RM100 dan eKasih. Mesyuarat Agong PIBG pula dimulakan selepas rombongan kenamaan bersurai. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Mohammed Sobri bin Dato' Haji Termizi. Pelbagai perkara dan isu semasa berkaitan sekolah dan pendidikan telah dibincangkan. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Gajah. Kehadiran pihak ibubapa adalah sangat menggalakkan.

PENDAFTARAN TETAMU

KENAMAAN YANG HADIR

BACAAN DOA OLEH USTAZ MUHAIMEEN

WAJAH KESAYANGAN HAMBA

UCAPAN ALUAN OLEH TUAN GURU BESAR

UCAPAN WAKIL YB


PEMBERIAN BANTUAN RM100 DAN eKASIH


EN SOBRI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PIBG



PERBINCANGAN ISU BERKAITAN SEKOLAH DAN PENDIDIKAN





Catatan Popular