Pengikut

Jumaat, 13 Februari 2015

LAPORAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MSSD LMS 2015

1.
PENDAHULUAN

          Pada 9 - 12 Februari yang lalu, satu Kejohanan Bola Tampar Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sukan Daerah Larut Matang dan Selama  telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar, SJKC Aulong, 34000 Taiping, Perak pada jam 12.00 tengah hari. Murid lelaki bermain pada 9 dan 10 Februari manakala murid perempuan bermain pada 10 dan 11 Februari. 

        
2.
PENYERTAAN
          Seramai 12 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan yang telah menyertai pertandingan tersebut. Semasa penyertaan murid lelaki, seramai 8 orang adalah daripada SK Padang Gajah dan lain-lain daripada SK Batu Hampar, SK Temelok dan SK Khay Hwa. Manakala penyertaan murid perempuan pula diwakili oleh murid-murid perempuan SK Padang Gajah, kesemuanya. Sebelum ke Kejohanan Peringkat Daerah, murid-murid lelaki menjalani sesi pemilihan di SJKC Khay Hwa. Semasa sesi pemilihan murid-murid SK Padang Gajah telah menunjukkan permainan yang memberangsangkan dengan memenangi semua perlawanan tersebut. Sementara murid-murid perempuan pula menjalani sesi pemilihan di SK Padang Gajah dan kesemuanya terpilih mewakili Zon Trong.
      

3.
PENCAPAIAN
          Murid lelaki telah memenangi perlawanan dengan Zon Simpang. Kalah kepada Zon Kamunting A dan Zon Selama A. Manakala murid perempuan hanya memenangi perlawanan dengan Zon Selama.
    

4.
CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN
          Latihan yang kerap dan berterusan perlu dilakukan dan perlu mula awal sebelum perlawanan. Sepatutnya latihan bermula setahun lebih awal kerana pertandingan akan berlangsung di awal tahun. Selain persediaan dari segi fizikal, murid juga perlu didedahkan dengan persediaan dari segi mental.

Catatan Popular