Pengikut

Jumaat, 28 Februari 2014

MAJLIS PERTUKARAN

          Pada 27 Feb 2014 yang lalu, satu majlis telah diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar ke sekolah ini dan juga ke sekolah lain. Guru-guru tersebut ialah Puan Noor Fahizah binti Abdul yang berpindah dari SK Toh Johan ke SK Padang Gajah, Puan Hjh. Rumiati binti Slamat yang berpindah ke SK Changkat Ibol dan Puan Zarima binti Mohamed Chik ke SK Batu Hampar. Pihak penganjur iaitu Kelab Guru SK Padang Gajah telah meminta pengusaha kantin iaitu En Zainal Arifin bin Abdul Rahim untuk menyediakan menu Nasi Arab pada hari tersebut. Pihak ibubapa diwakili oleh Puan Sarina binti Shafie selaku AJK PIBG. 


 NASI ARAB MADGHOUT

 GURU-GURU SK PADANG GAJAH

 PUAN HJH RUMIATI BERSAMA TUAN GURU BESAR

TUAN GURU BESAR SEDANG MEMBERIKAN UCAPAN

 PELUKAN PERPISAHAN

 PUAN SARINA BERSAMA PUAN HJH RUMIATI

KENANGAN MENGUSIK KALBU


SAHABAT KARIB

PENGUSAHA KANTIN, EN ZAINAL ARIFIN BERSAMA PUAN HJH RUMIATI

Rabu, 26 Februari 2014

MAJLIS TADARUS AL QURAN 2014 PERINGKAT ZON TRONG

Majlis Tadarus Al Quran 2014 Peringkat Zon Trong telah diadakan pada 22 Februari 2014 bertempat di SK Toh Johan, Trong, Perak. SK Padang Gajah telah mendapat Johan dalam pertandingan Hafazan (Lelaki) dan Tempat Ketiga dalam pertandingan Tilawah (Perempuan). Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB ADUN Trong. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang menyertai pertandingan tersebut.




Selasa, 25 Februari 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD ZON TRONG 2014


Nama Aktiviti                      : Kejohanan Balapan Dan Padang Mssd Zon Trong 2014
Peringkat                            : Zon Trong
Nama Pengurus Pasukan     : En. Mohamad Akmal bin Yunus
Nama Juru Latih                  : Pn. Suhana binti Shuid
Tempat Pertandingan           : SK Toh Johan
Tarikh/Hari Pertandingan     : 11 & 12 Februari 2014
Masa Pertandingan              : 2.00 Ptg

Pencapaian Pelajar SK Padang Gajah:


Bil
Nama
Acara Individu
Tempat/
Kedudukan
1
Izzat Danial B. Abu Hassan
Lompat Tinggi (L11)
Emas
2
Nursyamimi Bt. Abdul Halim
Lompat Tinggi (P12)
Perak
3
Fatin Nabilah Bt. Rashid Vincent
Lontar Peluru (P11)
Perak

Bil
Nama
Acara Berkumpulan
Tempat/
Kedudukan
1
Izzat Danial B. Abu Hassan
4 X 200 (L11)
Perak
2
Mohamad Zuhairi B. Suhaimi
3
Muhammad Adril B. Mohamad Rizal
4 X 100 (L11)
Gangsa
4
Muhammad Nazirul B. Mohd Suazi
5
Wan Mohd Zairul Shah B. Wan Rosman

Nota  :  Izzat Danial B. Abu Hassan (Emas) berjaya menyertai ke peringkat daerah manakala untuk acara berkumpulan akan melalui proses pemilihan di peringkat zon.



Catatan Popular