Pengikut

Rabu, 29 April 2015

Kem Membaca 1 Malaysia

Kem Membaca 1 Malaysia peringkat sekolah telah diadakan di bawah pimpinan  cikgu Saraswathy. KM1M bertujuan memupuk minat membaca di kalangan murid-murid.

Pada: Selasa 21 April - Khamis 23 April 2015.

Tempat: Dewan SKPG

Pencapaian: Semua murid SKPG termasuk murid pra terlibat. Aktiviti seperti pantun, deklamasi sajak dan pembentangan sinopsis buku telah  diadakan. Murid-murid sangat berminat dengan aktiviti pantun.

Cadangan  penambah baikan: Memeriahkan lagi dengan banting dan poster.


Pelaksanaan Kaedah Latihan Blended-Approach Kepada semua Pengguna SPL KPM.

Pelaksanaan Kaedah Latihan Blended-Approach
Kepada semua Pengguna SPL KPM.

Berikutan keadaan ekonomi semasa, peruntukan latihan bagi semua warga kerja KPM adalah terhad. Walau bagaimanapun, KPM masih perlu memenuhi keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam bagi kehadiran berkursus sekurang-kurangnya tujuh (7)  hari setahun. 

Sehubungan dengan itu, Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) KPM yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr. KSU pada 27 Mac 2015 telah memutuskan bahawa keperluan latihan tujuh (7) hari setahun bagi setiap warga KPM dalam tahun 2015 boleh digantikan dengan Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu atau Pembelajaran Kendiri. 

Kaedah pembacaan buku ilmiah tanpa had jumlah hari yang pernah dilaksanakan di KPM boleh dilaksanakan semula dengan lebih meluas, di samping pelaksanaan sesi perkongsian ilmu dan pembelajaran kendiri. Kaedah ini adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus konvensional bagi semua warga KPM tidak dapat dipenuhi.

Pengiraan hari berkursus adalah seperti berikut :-

i)
Pembacaan Buku
Satu (1) sesi pembentangan/penulisan sinopsis buku bersamaan satu (1) hari berkursus (mengikut kumpulan kategori Pegawai); dan

ii)
Perkongsian Ilmu
Enam (6) jam terkumpul bersamaan satu (1) hari berkursus. 

Pembentangan mengenai pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut :-

i)
Pengurusan Tertinggi/JUSA
Pembentangan dan penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan; 

ii)
Pengurusan & Profesional 
(Gred 41-54)
Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembentangan

iii)
Anggota Kumpulan Pelaksana 1 
(Gred 17-40)
Penulisan sinopsis buku  adalah diwajibkan tanpa pembentangan; dan 

iv)
Anggota Kumpulan Pelaksana 2 
(Gred 16 Ke Bawah)
Pembentangan mengenai pembacaan buku/perkongsian ilmu adalah diwajibkan tanpa melibatkan penulisan. 

Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh diakses melalui capaian berikut : 
Surat Siaran Blended- Approach
Urus Setia PPSM (Latihan)
Sektor Pelajaran KPM

Catatan Popular