Pengikut

Isnin, 25 Ogos 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KOMUNIKASI 2014

           
PENDAHULUAN
           22 Ogos 2014 - Pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Komunikasi yang berlangsung semasa sesi persekolahan. Pada hari tersebut, ibubapa, penjaga serta waris kepada murid dijemput untuk memeriahkan majlis. Pelbagai juadah serta hidangan disediakan oleh Pengusaha Kantin iaitu En Zainal Ariffin bin Abd Rahim antaranya lemang, laksa, nasi tomato, serunding dan sebagainya. Selepas makan ibubapa dijemput ke kelas untuk menemui guru-guru kelas anak mereka masing-masing. Semasa sesi ini berlangsung, para ibubapa dapat berbincang dengan guru tentang anak mereka berkaitan prestasi dan pencapaian mereka di sekolah. Majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan jalinan kasih serta silaturrahim antara guru, murid dan juga ibubapa kerana mereka bersama-sama duduk berbincang tentang anak jagaan mereka.

PENYERTAAN
Majlis ini telah disertai oleh guru, murid dan ibubapa murid. 

PENCAPAIAN
Majlis ini mendapat sambutan yang hebat dan menggalakkan daripada ibubapa, waris dan penjaga murid.
         
CADANGAN  PENAMBAHBAIKAN
-

YANG MELAPORKAN
MOHAMMED SOBRI BIN DATO' HAJI TERMIZI
25 OGOS 2014

Catatan Popular