PENDAHULUAN
“PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus
kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia
relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam
menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan
garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA)”
Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
YAB Perdana Menteri Malaysia
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12
21 Mac 2011
06 September 2014 - Satu taklimat yang dipanggil Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah diadakan pada tarikh ini. Taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) telah sampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Ismail bin Yusoff dan En Hakimi bin Salleh yang berlangsung selama 2 jam di Makmal Komputer, SK Padang Gajah. Pihak pentadbir berharap guru-guru mengambil
pendirian yang positif terhadap tranformasi ini kerana pelaksanaan PBPPP
adalah sebahagian daripada gelombang dalam PPPM. Sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah penstrukturan transformasi,
maka PBPPP adalah releven dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 yang meliputi Anjakan 4 : Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan Anjakan 5 : Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap Sekolah. PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan
potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep Tugas
dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut
standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi
Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025. PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih
memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan
jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan
tertakluk kepada garis panduan JPA. Dalam erti kata yang lain, PBPPP
dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian sedia ada kepada satu
bentuk instrumen yang bersepadu.
PENYERTAAN
Seramai 17 orang guru telah hadir untuk mengikuti taklimat ini dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.
Seramai 17 orang guru telah hadir untuk mengikuti taklimat ini dan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.
PENCAPAIAN
Taklimat ini telah mencapai sasaran iaitu seramai 17 guru memahami tentang konsep dan pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) di sekolah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Taklimat berkaitan PBPPP perlu diulang dari masa ke semasa.
YANG MELAPORKAN
MOHAMAD AKMAL BIN YUNUS
06 SEPTEMBER 2014
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"